Friday, January 3, 2014

Prinsip Jalan Terus !!

Apakah itu prinsip "Jalan terus!"? 

Prinsip jalan terus digali daripada sirah Rosulullah (bacalah selawat). 

Rekod-rekod sejarah menunjukkan, apabila Nabi kita mengalami peristiwa buruk, beliau tidak menyiasat punca-punca yang menyebabkan peristiwa buruk itu terjadi.

Dalam bahasa modern hari ini, beliau tidak melakukan post-mortem ataupun istilah Melayunya 'bedah-siasat'.

Tidak ada rekod menunjukkan apabila Nabi kita mengalami kesukaran dan kerugian di mana beliau menyiasat apa yang salah, siapa yang bersalah. Beliau juga tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pihak-pihak yang telah menyumbang kepada terjadinya peristiwa buruk itu.

Kekalahan teruk yang dialami oleh tentera Islam dalam peristiwa Perang Uhud adalah contoh klasik yang membuktikan kuasa ajaib dalam prinsip "Jalan terus!" 

Selepas kekalahan Perang Uhud, Nabi kita tidak mengadakan sesi bedah-siasat bagi menganalisis punca-punca kekalahan. (Kita mendapat tahu isu tentera pemanah yang turun dari pos mereka di atas bukit adalah dari apa yang dilaporkan oleh sahabat-sahabat Nabi kita, bukan dari Nabi sendiri.)

Belum dijumpai rekod hadith di mana Nabi ada berkata sesuatu berkenaan punca-punca kekalahan Perang Uhud.

Apakah yang dilakukan oleh Nabi kita selepas pasukan beliau kalah teruk dalam Perang Uhud? 

Beliau menyediakan tenteranya untuk menghadapi perang-perang yang akan datang!

Terbukti, selepas Perang Uhud, tentera Islam tidak pernah kalah perang lagi. 

Ikut Nabi. Jangan siasat. Jalan terus!


(Salinan dari Ainon Business School)

No comments:

Post a Comment